22 Disember, 2010

Orang darat main pantai

Anak kayu dan buluh diguna untuk menguatkan anyaman daun kelapa kering
menjadi bangsal tempat tinggal keluarga peserta sepanjang 3 atau 4 malam

 Susah senang hidup orang kelaut dalam renungan jeragang sensorang menghilir mudik menyusur arus datang dan pergi di bawa musim yang berlalu. Akhir dan Awal tahun musim tutup kuala... Ombak mengganas gelombang meninggi. Bot kecik beso tak berani pegi... Nelayan tinggal dirumah menyeringai gigi,  begitulah keadaan yang tidak pasti di musim orang bijak pandai le ning panggil tengkujoh tapi orang kelaut kata musing boh pulok mari... kelaut pun mencuri-curi mengintai kut ada celah menyusup diri..... Musim nie rizki mudah tapi susah nak gi cari... bak kata omputih too risky... seolah menggadai nyawa meredah badai...sehingga lah selepas raya Cina baru ada reda skit. Kemudian datang musim skit ada senang,  mudah pegi cari reziki, unjang masuk ikan sotong pun naik api.... pegi kelaut dari petang pulang pagi atau pulang petang subuh-subuh sudah gi... Hasil bole tahan banyak harga pun ada... berterusan sehingga ke bulan tujuh... selepas tu musim kering .... kelaut pung kengkadang hanya angkat jaring... laut lenang senang kerja,  yang susah ikan payah nak jumpa, pancing kurang mengena......mana tak risau tak lama musim berombak akan menjenguk semula....itulah  kitaran hidup seorang kelaut seperti jeragang jamang ari tu.... sekarang nie jeragang kurang tahu mungkin keadaang sudah berubah sebab sudah banyak pembangunang di bawa dan orang gi mari dok berenti. Malaysia kita pung menuju negara berpendapatang tinggi 

Bangsal dibina bersambung seperti rumah panjang di sepanjang pantai.
Biasa nya 2 baris di bina dimana antara kedua nya di biarkan lapang untuk
diadakan aktiviti biasanya pertunjukan seni budayadan permainan sukan rakyat
 
 Begitulah suka duka dan hilai tawa orang kelaut sepanjang tahun mengikut perkiraan jeragang. Hidup seorang nelayan berligar di atas bot, diatas wakaf di kedai kopi... simple dan praktikal bukan sekadar membuang masa tetapi memang sudah menjadi satu institusi yang mempunyai tujuan dan fungsi tersendiri kepada  nelayan dalam semua transaksi.. kalau dulu hiburan tak berapa ada maka institusi itu juga berfungsi sebagai platfom bersosial, hiburan dan keraian ... kalau istilah jamang sekarang entertainmeng lah ke menda???... Antara acara pesta-pestaan yang di tunggu-tunggu suatu masa dahulu adalah orang darat main pantai ... biasa nya diadakan selepas musim menuai selama 3 hingga 4 hari. Sepanjang ingatan jeragang main pantai di adakan di Kuala Teganu kite ppatai Batu Buruk, Tanjung Gelam iaitu bersebelahan dengan kampus Universiti Malaysia Trengganu sekarang ni dan Pengkalan Maras tak jauh dari Batu Rakit. Gambar dan keterangannya yang jeragang paparkan sedikit sebanyak menceritakan perihal orang darat main pantai. Bagaimanapun jangan pulak menyangka yang pesta ini di adakan oleh nelayan... ooo tidak sama sekali. Ia di adakan oleh petani-petani  dari kampung Gong Tok Nasik, Pasir panjang? dll (bole di semak semula) sebelah apa yang di katakan darat Kola Teganu turun ke pantai Batu Buruk, orang Padang Kemunting turun ke Tanjung Gelam dan Orang Maras turun ke Pengkalan Maras selepas musim menuai biasa nya antara bulan Mei hingga Julai. Sekarang nie sawah padi dah tak berapa ada macam mana dia orang kira pung dok tau pulak jeragang. Orang kelaut menggelarkan mereka orang darat kerana tinggal jauh dari laut dan tidak turun kelaut setiap hari mencari rizki. Seakan ini merupakan perkelahan beramai-ramai hebuh sekampung... orang kelaut tumpang sekaki lah... mereka membina bangsal untuk tinggal sementara (3-4 malam). Sekarang nie ada yang berulang terus dari rumah atau menyewa chalet atau inap desa... Pembangunan pesat negeri Teganu kita memungkin ini berlaku.. telah ramai orang mampu milik kenderaan sendiri. Apa lah guna bersusah payah membina bangsal kalu ada keta senang buat gi mmari?... yang berbangsal pula bukanlah kerana tak mampu tapi bangkali punya alasan tersendiri mungkin kenangan yang nostalgik menggamit memori. Turut menumpang sekaki adalah pencari hiburan dan pelancung tempatan dan luar negeri. 
Tangan-tangan manusia telah membawa kerosakan kepada sistem takungan
dan saliran air dengan alasan nak bawa pembangunan menyebabkan
rupa bentuk pantai berubah dan mengancam kehidupan nelayan 
Begitulah pembangunan telah mengubah cara dan style hidup manusia dan rupa bentuk alam. Memang lah dikatakan pembangunan dirancang untuk kesenangan hidup rakyat tetapi dalam masa yang sama tidak kurang pula membawa kerosakan dan kesusahan. Cuma yang dapat melerek senyum, menonjolkan dada dan mengembungkan poket adalah orang-orang terpilih sahaja tetapi kesusahan di deritai oleh ramai orang... biarlah siluncai dengan labu-labunya, itu bukan masalah jeragang dan awak-awak kelaut tapi perkara yang perlu di pikir oleh orang-orang yang nak cari undi dalam pilihan raya sket lagi. Sementara tu kita focus pada cerita orang darat main pantai nie.
Senja melabuh tirai mengundang malam membawa kerancakan hiburan
menghidupkan suasana pesta-pestaan main pantai disitu

 Sepanjang main pantai, di sebelah siang keluarga peserta akan bersantai mengadakan aktiviti perkelahan, mandi manda, sukan rakyat dan ada juga yang hanya menikmati keindahan alam. Sebelah malam pula biasanya diadakan hiburan moden dan juga tradisi. Pada hari pertama di adakan sedikit persembahan silat " ggayung utor-utor" sempena pembukaan rasmi kut.... dan jamuan ringan kepada tetamu jemputan di depan bangsal tok penghulu. kalau jamang dulu diadakan sedikit acara menyemah iaitu persembahan pulut kuning yang di hanyutkan????... jeragang harap tidak ada lagi amalan ini... tanpa pengetahuan mereka dan keluarga mereka semasa budak remaja dulu pernah ler jeragang dan kengkawan telan jer bebenda tu semua yang terdampar di pulau kucing dalam mengabang antara UMT sekarang dengan pantai... sekarang pulau kucing telah luput di telan pembangunan UMT.  
Jeragang masih ingat masa ni lah orang kampung ambil peluang berniaga sambilan secara kecilan mengikut sumber dan bidang kompetensi memasing.. Ayah Cik Mang.. imam surau niaga minuman terutama air batu campur. jeragang ingat sangat kerana beliau menjadi orang pertama yang niaga dan yang last tutup kedai....sejak dari mula orang buat bangsal hingga lama selepas orang darat balik....ada pelbagai jenis jualan berat dan ringan ... yang jeragang ingat sangat makteh selalu goreng buah ninja(melinjau?) jual seposeng sebungkus jer... nyang Teh jual rojak betik... jarang dah nampak orang buat rojak betik sekarang nie...  
Semasa orang darat main pantai Tanjung Gelam akan hidup 24 jam
dengan peserta dan pelawat yang kadang-kadang hanya untuk bersantai
 Kengkadang jeragang rasa pelik jugak ramai nyer orang datang ke tempat main pantai hanya lah semata-mata nak gi ukur pantai jer .... menapak, meronda dari hujung ke hujung, kiri ke kanan, atas kebawah... naik kedarat turun ke gigi air.. begitu lah sepanjang malam sehingga ke pagi tak putus-putus. Bila haus berenti minum bila lapar carik makanan... maka laku lah orang berjualan. Sambil meronda tu lah juga masa untuk mengayat kut , tak tau lah masa tu jeragang kecik lagi mana nak faham... tapi ada lah nampak dimana mana pasangan sedang berbual mesra terutama di tempat yang agak kelam... lagak mereka nie serupa lah jugak dengan remaja masa kini. Diwaktu petang banyak kelihatan gerombolan keluarga atau rakan sebaya berkumpul disana sini riuh rendah bercerita. Ada juga yang sepanjang malam bersekang mata menikmati persembahan di pentas hiburan yang diadakan... rodat , wayang kulit, dikir barat ada belaka, selang seli bertukar ganti.... kalau ayah jeragang pasti tempat wayang kulit yang hendak di cari... 
Sekarang sudah senang tak payah angkut air
Majlis  Bandaraya dah salur kemudahan air sementara
terus hingga kebangsal
 
Untuk kesenangan rakyat yang kini di utamakan, pihak Majlis bandar raya KT telah menyediakan kemudahan asas seperti elektrik dan air paip ke bangsal. Tapi daun kelapa kering masih lagi jadi bahan binaan penting... kalau dulu membina bangsal memakan masa berbulan..dan peserta terpaksa menumpang mandi dan mengambil keperluan air di telaga di kampung berdekatan... termasuk rumah jeragang...
Banyak perkara yang boleh digarap dari acara orang darat main pantai nie tapi akan dikomen dimasa lain. Jeragang sebenarnya amat berterimakasih kepada Syarah Afikah, anak sedara jeragang yang kini belajo di englang kerana merakamkan gombo nie sema yang di upload ke FB beliau. Gambar nie telah menggamit memori jeragang dan menimbulkan rasa teringin pula untuk berceritera di sini.. harap perkongsian ini di terima oleh pembaca blog ni... Oleh kerana gambar nie di ambil oleh Syarah maka hanya model bukan pro jer lah dapat di gunakan ia itu abah dan mama nya... so maaflah kalau kurang memuaskan... namun ianya telah membawa banyak kenangan dan pengertian  bermakna sebagai asas penceritaan untuk jeragang guna sebagai bahan dalam memblog di sini dan untuk ulasan dalam ceritera untuk masa yang  mendatang seadanya ... jeragang  






4 ulasan:

  1. pelbagai kemudahan disediakan sekarang.. semoga kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin

    BalasPadam
  2. Sepatutnya begitu mengguna sambil menjaga

    BalasPadam
  3. nak gi tengok gok aritu masa orang main pantai..
    dok dang..rugi wase..
    x tahu ekpong bile..

    BalasPadam
  4. biasanya dalam bulan 5 lepas orang amik padi

    BalasPadam