15 Mei, 2014

... sehari dalam hidup orang kelaut...










                              
 jeragang@wordless.wed

                                   

18 April, 2014

...teringat masa yang dolu-dolu.........episod 5

epilog ex-orang kelaut dari atas wakaf

subuh telah pung berlalu mentari telah menyerlahkan cahaya.... sinar mentari yang menerjah celah perahu fiber yang berbaris di pengkalan walaupun dok lurus macang tok.sri slemang pukol gambar, menaikkan seri keemasan air yang begitu tenang... dalam waktu sebegini begitu selesa untuk nelayang turung kelaut.... tapi mengapa perahu masih berjujuk-jujuk beratur dipantai.....?


mungkin kerana hari ning hari jemahat orang tidak kelaut.... nelayan tidak ada senarai hari cuti kecuali hari hari jemahat atau kalu ada orang mati.... selaing dari tu hari raya atau keja laing atau ombok kuat musim gelora..... orang laut dok cuti jugak walaupung hari kebangsaan atau hari keputeraan agung atau sultang... bukan pasal tak patriotik tapi itulah kehidupang nelayang payoh berasmi dang nak claim itu ini... dok macang puak-puak tu duk kling berjuang kerana ugama bangsa dann negara tapi pitih mah dang projek duk bahang kedia semacang......


mungkin jugak waktu ning susoh cari makang arus tadak mencadak pung sutong susoh hinggak.... bangkali mengail kerisi pung dok patuk... susahlah nak lepas minyak injing sakut walau pung bersubsidi.... orang kata payoh sungguh dok cakak nok kuca timor bbarat pung... molek jugak sesekali dok gi kelaut boleh melepas lelah........ orang kelaut mana ada taing rehat... balik kelaut cara keperahu pulak atau duk berisih tali kail.... kadang-kadang balik malang siang gi pulok...... cari makang gitulah membesar anak-anak supaya jadi orang......... kalu berehat atas wakaf nye kata mmalah pulok..


inilah pemandangan biasa kapung halamang jeragang, tanjung gelang... walaupung panas terik hembusan anging memang kuat dan menyejukkan. kalu duk jerengeng atah wakaf sekejap kang jenera... pohong gguning dok tahu nama betul dia apa sentiasa hijau walaupung kemarau panjang dang rumput habis kering... kalu kita buleh bersemangat lagu ning memang bagus..... kuat daya tahang dok degih sikit walau pung banyok kekangang dang halangang.........


tapi lening jeragang tercampok jauh dipinggir kolumpo, terasing.... kelaut payoh doh nok gi sekali sekala jer kalu gi suka-suka .... nok kelaut angkat injing dok rok doh bukang dok kuat tapi dok besa.... masa dulu jeragang dok maing perahu fibre injing sakut ning, gi mukat sokmo muto besar...... hanya sesekali nyer wasa teringing nak kelaut.............................. jeragang

02 April, 2014

teringat masa yang dolu2.......... episod 4

membangun.... antara kenangan, impian dan wawasan

Rumah papan ada perigi sendiri kalau dulu menjadi idaman setiap orang kampung tapi kini terbiar usang... dalam kesibukan kita menangani masalah kurangan air nie takde ke sorang pun pegawai tinggi kita teringat sumber begini yang kita ada?..... kita dah terbiasa naik lif ke pejabat bangunan tinggi di putrajaya menjadi kita lupa membasahi kaki dengan air embun dihujung rumput di kampung seawal pagi.. situlah tempat sebenarnya kita belajar bertatih... kita sebenarnya perlu melihat kedalam diri mencari petua untuk membina kompetensi mengurus sumber yang kita ada dengan cekap dan lestari .....

Tepi pantai kampung nelayan ada dibina wakaf... tempat orang kelaut berkumpul, bertukar maklumat dan juga membina kompetensi....... semua pun buleh menjadi disini tapi yang kita duk highlight maing dam 2 3 papang.. kita lupa fungsi wakaf tempat mendidik dan menurung ilmu serta kemahirang..... kini wakaf dibina comel lote tapi hujang terkena tempias panas terpancar sinaran... lupa ianya adalah tempat berlindung... bila tanya jawab nya itu projek JKKK.... institusi yang dibina untuk melindung dan membangun popular menjadi bahan senda gurau ustaz berceramah.. mengurus institusi pung kita begitu lemah...................

Kuih nekbat kegemaran jeragang... popular di bulan ramadhan... waduh bulan nie popular belaka semua jualan.. rasa enak sesuai dibuat desert untuk hidang dalam majlis besor seperti diner dan jamuan rasmi. mungkin kena tambah deco and craft oleh chef supaya lebih presentable... apa yang perlu kreativiti dan inovasi untuk meningkat sumber tradisi ini untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi bukan sahaja didalam malah sehingga keluar negeri.... Kita sudah ada banyak saintis dan berpuluh teknologi on the shelf.. tak boleh ker dikomerlisasi... boleh ke tidak syarikat SEDC ambil inisiatif.. mereka patut membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera ...berenti lah bersaing dengan pengusaha kecil yang dok cukup pitis mah....

Keropok lekor keropok keping sedah terkenal seantero dunia seluruh negeri... ramai peminat dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancung dalam negeri dikedai payang dan kawasan seumpama dengang nyer... pengusaha keropok sekarang telah menjadi kaya raya.... pembukusan, penjenamaan dan pengedaran masih menjadi masalah...kalu dipek cantik kemas begini siap dengan pencicah sekali bukan ke baik dimakan sebagai snake bila-bila masa dan dimana saja sambil bekerja, tengok tv, wayang dan boleh jugak teater... tapi masyaallah susah nya nak dapat dimini mau pun super market.... begitulah susah kita nak organize pemasaran keluaran orang kita....... dah berpuluh tahun kita duk mara tapi macam mengesot saja.... kta perlu lebih pantas untuk bersaing.... sekarang terlalu banyak barrier of entrance.... kita perlu access and penetration yang lebih berkesan.... not only into market place but also through market space..... tok berahim ape macam?

Begitulah halnya yang jeragang dang awok2 kelaut napok... orang besor tinggi tak dok keja laing duk baloh sama sendiri.... dalam parti baloh diluar parti bertelagah.... antara parti doksoh kira lah perang sokmo doh... hok dok reti nok tengok tapi perlu pembelaan adalah rakyat seperti jeragang dan awok2 ning lah.... berbiliong habis pitih rakyat duk belanja... hok duk dengo tirih sokmo-sokmo... wakpe gok jadi begitume macang tadok lalu orang kita hok bejenis.... bila kita buleh berenti baloh????? saloh menyaloh... negeri kata pusat dok betul pusat pulok kata negeri duk maing ddeko... pusat negeri....negeri pusat lama-lama kita pung buleh jadi sesat contoh nya macam trajedi MH370 ....... jeragang

26 Februari, 2014

ASAS: 5 dekad bersama




Sekolah Alam Shah Megah Berjasa
Membimbing Satria harapan bangsa
Cita Usaha Jaya Amalan Kita
Jadi Cogan Kata Setiap Masa

Pelajar Alam Shah Taat Berbakti
Untuk Nusa Dan Bangsa Ibu Pertiwi
Tuhan Merastukan Cita-Cita Mulia
Bertekad Dan Berdoa Alam Shah Jaya




Semenjak dari SASKL hingga SSAS Putrajaya telah terbukti janji dan tekad kita semua... walau pun terperok dihimpit STTI dan TTTC serta TI kita masih dapat menonjol kecemerlangan pelajar anak kampung... cuma segelintir dari pinggir bandar dan desa. Kalu dulu datang dari kampung dan ditinggal pada hari pertama menjejak kaki dikotaraya....sejak itu berseorangan lah kita mengharung kehidupan di pinggir kota dihimpit kebun getah disekitar hospital lady templer ke perbandaran baru dibuka taman midah dan keheningan kampung stinggarden kampung konggo... disitulah track kita merentas desa..... dan tinggallah anak-anak kampung ini bersama-sama abang-abang senior.... tempat bergantung harap dan menjeruk rasa...... cuma kunjungan doa serta harapan ibu bapa yang berada dikampung...  bertawakkal sungguh mereka.... 
masih kah kalian ingat kita meredah lembah menyusur pecahan pagar ke kedai pak ali.... mengelusi angankan eton.... waduh turun temurun senior pass ceritera dan harapan kepada junior.... tiada ketahuan kemana penyudahnya.. sekarang kedai pak ali menjadi kenangan dalam lipatan sejarah... senandung lagu dari kugiran anak pak musa praktis untuk juara kugiran sudah lama berlalu... sekarang sudah zaman maharaja lawak atau paling tidak kilauan emas pelekat gigi palsu..... tiada lagi tengok wayang saban minggu berbaring atas pentas atau sekali sekala kawasan lapang tempat gelanggang basket ball....
Kini mereka di putrajaya gah dengan kemudahan yang terkini dengan premis yang selesa dengan seribu kemudahan... surau pun bagai masjid tidak lagi di jimnasium tempat cikgu tan pok chin melatih pendidikan jasmani.... sudah tiada lansung legasi kedai pak ali kerana alamanda pun telah mereka mampu....setiap minggu dilawati ayah dan ibu.....dengan kereta berjalar dan bekalan yang menyelera atau dijamu di restoran yang tak pernah kita terpikir hendak kesitu masa dolu2... waduh.. mengapa sudah manja begitu ditempat yang patutnya jadi pembuka peluang kepada segelintir anak kampung yang kemudahan serba kurang...
Ini bukanlah masalah 2 darjat tetapi ada jurang jenarasi yang kekadang memening kepala AJK ASAS mengatur program... selera kampung dan kemeriahan kota hendak dibancuhi bersama tentulah ada payahnya.... namun itu tidak menghalang kejayaan SAS dimana telah terbukti hampir keseluruhan  kita telah dapat bersama menyumbang mengisi keperluan pimpinan dan teknokrat negara.. itulah bangkali berkat laungan kita setiap kali assembly di pagi hari senin...  telah menjadikan kita betul-betul bertekad dan berdoa maka Allah telah kabulkan niat dan cita-cita mulia membawa harapan jadi real ia-itu Alam Shah Jaya ...jeragang


21 Februari, 2014

kembali berkampung menyambung silaturrahim

Samada yang tinggal dipekan kecil atau dibando raya... bulan februari alumni SASKL atau kini PJ pasti tunggu anual dinner.. 8 februari adalah ulang tahun SAS sebab itu dulu tarikh 8 feb dibuat majlis makan malam supaya tarikh ini sentiasa dalam ingatang kita... saya tidak tahu kenapa tarikh telah tidak lagi ditetapkan 8 feb... kemungkinan supaya lebih senang nak hadir sebab weekend atau nak sesuaikan dengang masa jemputang vvip... dok tahulah mungkin orang-orang yang bijak pandai lebih mengetahui..... kalu dulu kita buat di hotel ternama di kolompo sekarang kita buat di dewan tersohor di putrajaya, pusat pentadbirang negara.... dok kira kita tinggal dikota atau duduk didesa.. samada keja kerajaang atau swasta marilah kita pakat gi ramai-ramai jumpa sahabak dan saing-saing kita belaka....
lagu mana pung majlis makang malam masih lagi dinanti-nanti oleh warga ASAS kerana disini lah dapat kita semua berjumpa mata semula setelah lama dok jumpa... ada yang sampai berpuluh tahung tak jumpa.... tinggal kawang lepas pom lima sampai cucu dah masuk joh 5 baru temu semula......Namun jeragang wasa annual dinner telah mula hilang seri bukang kerana kita kurang peduli tetapi lening dilaman sosial kita buleh jumpa hari-hari..... kurang-kurang berpeluang dengo bicara tok.ali dengang sdo tok.rawi....juga tok.seri slemang dang atuk2 yang laing terbaru atuk Dr.Nasir

Sejak ramai ada akaun laman sosial samada FB atau WhatsApp atau telegram dang macang2 lagi hubungan antara kita semua jadi bertambah senang.. setiap hari saban malam hingga ke awal pagi kita boleh bergurau senda.. kutuk mengutuk macam dulu kala.. cuma topik dan gaya bertuko dari budok remaja menjadi lebih dewasa... itu saja, namun memana group pung nampak nya bercerita tema yang sama dari zaman dulu remaja sehingga sekarang nampak tidak jauh berbeza... kesungguhan berbicara berjiwa remaja... cuma indah berbicara merealisasi entahlah harapkan selera jer yang lebih tapi kureng bertenaga.......



Kalu dah selalu berhubungan di alam maya senang nak berjumpa dialam nyata.... memula memang lah tidak berapa kenal.... maklumlah lama tidak tengok kalu dulu kecik sekarang nah berjalor.... bukan saja badang makang space lebor tapi pangkat dang kedudukang pung besor dok rok nok angkat... Alhamdulillah saing-saing masih macam dulu juga pantang lepa smash saja.... masih sama kira bicara walaupun ada yang telah menjadi orang beso negara... tapi tak jadi payoh bagi orang kecik dang bau hanyir macang jeragang ning nak tumpang bersembang.... tiada malu dang kurang segang... masing-masing dari berbagai latar belakang..... orang nega atau keja kerajaang... samada ustad atau baru nak start sema ramah dang mesra. Mengapa boleh jadi begini.... pada jeragang persahabatan yang akrab dari zamang berjamang masih tergenggam erat .... masa nampaknya tidak dapat memisahkan rasa... bila ada saing lama ada mari maka sekelian kawan yang ada pun dicari.... selalu jumpa secara kecil-kecilan... kalu nak buat kenduri pung senang nak hantar jemputan.... dok payah gi madoh sms saja member pung datang... bukan kah senang menyambung silaturrahim... sesekali gi lawat sekolah lama tempat belajo jadi orang, tengok dewan makan tempat kita bahang nasik kawah,  ingat ke lagi daging plastik dan sup spenda.........  

Begitulah laman sosial telah memungkinkan kita menyambung silaturrahim... bertemu setelah sekian lama tidak ketahuang.... cerita yang lapuk kembali menjadi segar bugar.... satu lagi perkara yang mengeratkan silaturrahim adalah kita berkumpul dalam batch kita... tidak boleh dinafikan usia disekitar pom 4 dan 5 menjadi kang kita lebih akrab.. begitu mesra dan sama senasib kerana makanan dari kawah yang sama... batch lain pung begitu juga... kemesraan kengkawan dan kemudahan komuniksi penyebab kita kembali berkumpul kalu tak ramai dalam bilangan sedikit pung jadi tapi impak beso... maka sahabat-sahabat boleh offer premis atau evan mereka dijadikan tempat kita berjumpa... tak perlu ada majlis yang dianjur secara rasmi khusus seperti annual dinner. Majlis makan malam walau pun masih dinanti-nanti tapi tidak seghairah dulu... majlis hari raya dan kerja kawin sahabat juga boleh jadi majlis tempat berjumpa dan bersilaturahim..... sambil meraikan majlis sahabat kita pula boleh kembali berjabat tangan sahabat-sahabat... satu lagi kita dapat juga berjumpa ditempat niaga rakan-rakan...restoran dan cafe umpamanya dang juga melalui edaran produk keluaran mereka seperti kerpok KSR atau kerpok silaturrahim.... ada juga bidang lain seperti investment atau simpanan peribadi....... Baha Chu pasai lak senyum......
Walaupun hubungan sesama batch lebih akrab kita juga rapat dengan senior dan junior... suatu masa dulu kita tinggal dalam dorm mengikut rumah bukan batch... jadi sema batch ada belaka... kemudian kita ikut form...atau sama batch... tapi hubungan antara batch jugak mesra kerana antara kita ada kepentingan yang sama..... jeragang sendiri memula masuk geng senior melalui geng ilmu hisap disekolah dulu... memang ramai yang kenal biasa jadi kami mesra .... dengan junior jeragang boleh bersama melalui team bola bawah 16 dulu....so hubungan masih lagi mesra.... lagi pung freshie kenalah hormat senior yang telah memberi tunjuk ajar dan penenang setelah berjauhan dari keluarga... di asrama dulu kita menjaga sesama kita... walau pung kita kengkadang menyampah namun tidak dinafikan senior pun membantu kita hidup bersendiriang... dalam hal ini majlis makan malam akan menjadi terus releven dan dinantikan... kerana inilah sidang pleno kita dapat bertemu teman sepersekolohang dari sepanjang zaman.....
Pada jeragang dalam usia senja sebegini kita berlu kepada kawan, manalah tahu dulu kita ada membuat kesilapang dan kesalohang maka dapatlah kita pohong keampunang... mengeratkan silaturrahim amatlah besar ganjarang dari segi agama kita sendiri.... ke guana ustad husing tolong kabo buwi ambe kurang reti.... Saat2 begini mengirat silaturrahim dan mencari sahabat serupa sebuah perhentian dalam perjalanan kita menuju ketempat asal kita dialam yang kekal abadi abadan ..........  jeragang